Friday, August 25, 2017

Melaka Tunjukkan 'Belangnya' di MSS Kebangsaan 2017

Kejohanan Catur MSSM Kebangsaan 2017 diadakan di Kuantan, Pahang bermula 4 hingga 11 Ogos 2017. Pingat pertama yang dinantikan oleh kontinjen Melaka untuk sekian lama berjaya ditebus menerusi Loo Hsien Rong Evan dalam kategori Lelaki 18 tahun individu dengan memenangi pingat Perak walaupun terikat mata dengan juara. (Loo Hsien Rong Evan telah mencuba sejak berumur 13 tahun)
Pencapaian lain yang sangat membanggakan dalam kategori Perempuan 12 tahun berpasukan dengan mencatat sejarah (format baru) menduduki tempat ke 6 keseluruhan dan kategori Lelaki 12 tahun berpasukan yang menduduki tempat ke 9 keseluruhan.
Muhammad Fatihin Kelana (Kategori 15 tahun kumpulan) dan Muhammad Idraki (Kategori 12 tahun kumpulan) hampir memenangi Best Board, kalah tie break dengan juara.
Pada keseluruhannya, Melaka berjaya menduduki tempat ke 12 berbanding 14 pada tahun lepas dan mendapat pingat pertama untuk kejohanan catur MSSM yang menggunakan sistem pemarkahan yang baru diperkenalkan. Negeri Melaka satu-satunya negeri yang masih tidak mempunyai Persatuan Catur negerinya sendiri di Malaysia. Keupayaaan Melaka kali ini mampu menyaingi pasukan negeri/WP yang lain yang mempunyai kekuatan dan sokongan daripada Persatuan Catur Negeri masing-masing.
Terima Kasih kepada Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, PPD, barisan pegawai kontinjen, jurulatih, guru catur, ibubapa dan individu/pertubuhan/kelab yang terlibat secara langsung dalam pembikinan kontinjen catur Melaka yang mantap hingga ke peringkat kebangsaan 2017
 

 



Latihan Pusat Catur MSS Melaka 2017... Ayuh !!!

Latihan Pusat Kontinjen Catur MSS Melaka 2017

Tarikh : 18-19 Julai 2017
Tempat : Kampung Buku Malaysia, Taman Botanikal Ayer Keroh Melaka