Wednesday, April 12, 2017

PARA PESERTA CATUR KE PERINGKAT KEBANGSAAN DAN TINDAKAN PENGURUS PASUKAN SEKOLAH

Borang Pendaftaran peserta ke peringkat kebangsaan (Sila muat turun borang ini)

BORANG M01 (Sekolah Menengah)

BORANG R01 (Sekolah Rendah)

Perhatian kepada semua pengurus pasukan sekolah di mana pesertanya layak mewakili Negeri Melaka ke peringkat kebangsaan pada tahun ini . Sila rujuk kepada kedudukan peserta (Peserta yang berada di kedudukan 6 terbaik layak mewakili Melaka ke peringkat kebangsaan di Pahang)
Tindakan pengurus pasukan seperti berikut :

(i) Melengkapkan borang M01 atau borang R01
     Pada borang ini, hanya bahagian 'Akuan Pengurus Pasukan dan Setiausaha Agung MSSM        
     Negeri/Ketua Unit Sukan JPN' tidak perlu diisi
(ii) Menyertakan sekali 2 keping gambar ukuran pasport peserta
(iii) Salinan mykad/mykid (depan dan belakang) atau surat beranak peserta yang diperakui sah oleh pentadbir sekolah

Terima kasih atas kerjasama semua
Sila hantar 3 perkara di atas  kepada cikgu Mohamed Azrul (PTPS Catur Melaka) dengan menghantar terus atau mengepos ke pejabat SK Gangsa selewatnya 21 April 2017 bagi tujuan pendaftaran online MSS Kebangsaan 2017. (Faks tidak diterima)

Friday, April 7, 2017

TAHNIAH BUAT SEMUA GURU DAN PESERTA 2017 !!!

Kejohanan Catur MSS Negeri Melaka 2017 menutup tirainya. Tahniah kepada yang berjaya. Kepada peserta yang kurang berjaya, cuba lagi. Penganjuran peringkat negeri paling ramai dalam sejarah. Terima kasih kepada yang terlibat. Moga kita jumpa lagi pada masa akan datang...
#SukanBerbilangBangsa

Untuk info keputusan pusingan akhir dan pusingan awal setiap kategori, sila rujuk kepada menu sebelah.
6 orang peserta terbaik setiap kategori akan mewakili Melaka ke peringkat kebangsaan

FAKTA MENARIK Kejohanan tahun ini :
1. Rekod penyertaan peringkat negeri paling tinggi (catatan bertulis)
2. Kawalan masa setiap pemain bertambah daripada 20 minit kepada 25 minit (pusingan awal) dan 30 minit (pusingan akhir) berbanding tahun2 lepas
3. Buat pertama kali diwujudkan anugerah sekolah terbaik bagi sekolah rendah, sekolah menengah rendah dan sekolah menengah atas bagi merancakkan persaingan sihat antara sekolah di Melaka.
4. MRSM Tun Ghaffar Baba kembali menyertai kejohanan ini selepas 3 tahun menyepi
5. Seorang peserta termuda (tahun 1) dari SK Gangsa berjaya memasuki pusingan akhir
6. Sistem pengurusan permaianan mula menggunakan Swiss Manager menggantikan Swiss Perfect secara rasminya yang diuruskan oleh para stage arbiter yang terlatih