Sunday, October 29, 2017

Catur PSKPP Negeri Melaka kembali!!!



Pendaftaran dalam talian, sila klik pada pautan ini
TIADA YURAN PENYERTAAN. TERHAD 60 PESERTA SAHAJA
Tarikh akhir pendaftaran 10 November 2017
*tertakluk kepada peraturan ditetapkan


TENTATIF KEJOHANAN
Lokasi : SMK Sg Rambai, Merlimau


08.30 am : Semakan pendaftaran
09.00 am : Taklimat Pertandingan
09.15 am  : Pusingan 1
10.00 am : Pusingan 2
10.50 am : Pusingan 3
11.40 am : Pusingan 4
12.30 pm : Pusingan 5
01.20 pm : Pusingan 6
02.00 pm : Bersurai

Pendaftaran Kejohanan Catur PSKPP Negeri Melaka 2017

Friday, August 25, 2017

Melaka Tunjukkan 'Belangnya' di MSS Kebangsaan 2017

Kejohanan Catur MSSM Kebangsaan 2017 diadakan di Kuantan, Pahang bermula 4 hingga 11 Ogos 2017. Pingat pertama yang dinantikan oleh kontinjen Melaka untuk sekian lama berjaya ditebus menerusi Loo Hsien Rong Evan dalam kategori Lelaki 18 tahun individu dengan memenangi pingat Perak walaupun terikat mata dengan juara. (Loo Hsien Rong Evan telah mencuba sejak berumur 13 tahun)
Pencapaian lain yang sangat membanggakan dalam kategori Perempuan 12 tahun berpasukan dengan mencatat sejarah (format baru) menduduki tempat ke 6 keseluruhan dan kategori Lelaki 12 tahun berpasukan yang menduduki tempat ke 9 keseluruhan.
Muhammad Fatihin Kelana (Kategori 15 tahun kumpulan) dan Muhammad Idraki (Kategori 12 tahun kumpulan) hampir memenangi Best Board, kalah tie break dengan juara.
Pada keseluruhannya, Melaka berjaya menduduki tempat ke 12 berbanding 14 pada tahun lepas dan mendapat pingat pertama untuk kejohanan catur MSSM yang menggunakan sistem pemarkahan yang baru diperkenalkan. Negeri Melaka satu-satunya negeri yang masih tidak mempunyai Persatuan Catur negerinya sendiri di Malaysia. Keupayaaan Melaka kali ini mampu menyaingi pasukan negeri/WP yang lain yang mempunyai kekuatan dan sokongan daripada Persatuan Catur Negeri masing-masing.
Terima Kasih kepada Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, PPD, barisan pegawai kontinjen, jurulatih, guru catur, ibubapa dan individu/pertubuhan/kelab yang terlibat secara langsung dalam pembikinan kontinjen catur Melaka yang mantap hingga ke peringkat kebangsaan 2017
 

 



Latihan Pusat Catur MSS Melaka 2017... Ayuh !!!

Latihan Pusat Kontinjen Catur MSS Melaka 2017

Tarikh : 18-19 Julai 2017
Tempat : Kampung Buku Malaysia, Taman Botanikal Ayer Keroh Melaka





Monday, May 8, 2017

Pendaftaran Online Kejohanan Catur Hari Guru Melaka 2017 (Khas buat Pendidik Di Melaka Sahaja)

Isi borang di bawah atau klik pada pautan berikut
Borang Pendaftaran Online
atau
https://goo.gl/forms/9dczf6AIt0hBEICT2
Tarikh akhir pendaftaran peserta pada 19 Mei 2017 (Jumaat)
Pada 20 Mei 2017 (Sabtu), senarai peserta akan dipaparkan dalam http://chess-results.com

Kejohanan Catur Hari Guru Melaka 2017



Kejohanan Catur Hari Guru Negeri Melaka 2017


Tarikh : 21 Mei 2017
Hari : Ahad
Masa : 9.00 am - 2.30 pm
Tempat : Bilik PBS SK Gangsa
Yuran : RM 8.00 seorang
Bilangan peserta  : maksimum 50 orang

Kawalan Masa : 15 minit seorang
Bilangan pusingan : 6 pusingan

HADIAH

Juara : RM100 + Piala
Naib Juara : RM50
3rd : RM25
4th hingga 20th : RM10
Best Female : Hamper

*Hadiah mungkin bertambah ikut sumbangan/tajaan diterima

STATUS PESERTA

Semua Guru yang masih mengajar di Melaka

JADUAL KEJOHANAN

9.00 am : Semakan nama peserta & pembayaran yuran penyertaan
9.45 am : Taklimat Kejohanan
10.00 am  : Pusingan pertama
10.40 am : Pusingan kedua
11.20 am : Pusingan ketiga
12.00 pm : Pusingan keempat
12.40 pm : Pusingan kelima
       REHAT/SOLAT
01.45 pm : Pusingan keenam
02.20 pm :Majlis Penyampaian Hadiah



Wednesday, April 12, 2017

PARA PESERTA CATUR KE PERINGKAT KEBANGSAAN DAN TINDAKAN PENGURUS PASUKAN SEKOLAH

Borang Pendaftaran peserta ke peringkat kebangsaan (Sila muat turun borang ini)

BORANG M01 (Sekolah Menengah)

BORANG R01 (Sekolah Rendah)

Perhatian kepada semua pengurus pasukan sekolah di mana pesertanya layak mewakili Negeri Melaka ke peringkat kebangsaan pada tahun ini . Sila rujuk kepada kedudukan peserta (Peserta yang berada di kedudukan 6 terbaik layak mewakili Melaka ke peringkat kebangsaan di Pahang)
Tindakan pengurus pasukan seperti berikut :

(i) Melengkapkan borang M01 atau borang R01
     Pada borang ini, hanya bahagian 'Akuan Pengurus Pasukan dan Setiausaha Agung MSSM        
     Negeri/Ketua Unit Sukan JPN' tidak perlu diisi
(ii) Menyertakan sekali 2 keping gambar ukuran pasport peserta
(iii) Salinan mykad/mykid (depan dan belakang) atau surat beranak peserta yang diperakui sah oleh pentadbir sekolah

Terima kasih atas kerjasama semua
Sila hantar 3 perkara di atas  kepada cikgu Mohamed Azrul (PTPS Catur Melaka) dengan menghantar terus atau mengepos ke pejabat SK Gangsa selewatnya 21 April 2017 bagi tujuan pendaftaran online MSS Kebangsaan 2017. (Faks tidak diterima)

Friday, April 7, 2017

TAHNIAH BUAT SEMUA GURU DAN PESERTA 2017 !!!

Kejohanan Catur MSS Negeri Melaka 2017 menutup tirainya. Tahniah kepada yang berjaya. Kepada peserta yang kurang berjaya, cuba lagi. Penganjuran peringkat negeri paling ramai dalam sejarah. Terima kasih kepada yang terlibat. Moga kita jumpa lagi pada masa akan datang...
#SukanBerbilangBangsa

Untuk info keputusan pusingan akhir dan pusingan awal setiap kategori, sila rujuk kepada menu sebelah.
6 orang peserta terbaik setiap kategori akan mewakili Melaka ke peringkat kebangsaan

FAKTA MENARIK Kejohanan tahun ini :
1. Rekod penyertaan peringkat negeri paling tinggi (catatan bertulis)
2. Kawalan masa setiap pemain bertambah daripada 20 minit kepada 25 minit (pusingan awal) dan 30 minit (pusingan akhir) berbanding tahun2 lepas
3. Buat pertama kali diwujudkan anugerah sekolah terbaik bagi sekolah rendah, sekolah menengah rendah dan sekolah menengah atas bagi merancakkan persaingan sihat antara sekolah di Melaka.
4. MRSM Tun Ghaffar Baba kembali menyertai kejohanan ini selepas 3 tahun menyepi
5. Seorang peserta termuda (tahun 1) dari SK Gangsa berjaya memasuki pusingan akhir
6. Sistem pengurusan permaianan mula menggunakan Swiss Manager menggantikan Swiss Perfect secara rasminya yang diuruskan oleh para stage arbiter yang terlatih




Tuesday, March 28, 2017

INFO RASMI KEJOHANAN CATUR MSS NEGERI MELAKA 2017

PENDAFTARAN PESERTA TELAH DITUTUP.

1. Sila semak pemain yang telah didaftar dengan klik pautan di bawah

2. Muat turun surat rasmi makluman kejohanan. Klik DI SINI


JADUAL KEJOHANAN CATUR MSS NEGERI 
                                  MELAKA  2017



LOKASI : Dewan Peperiksaan SK Gangsa


4 April 2017 (Selasa)  :  Peringkat saringan Kategori L12, P12 dan P15
5 April 2017 (Rabu)    :  Peringkat saringan Kategori L15, L18 dan P18
6 April 2017 (Khamis) :  Peringkat akhir semua kategori (peserta terpilih sahaja)

HARI PERTAMA DAN HARI KEDUA (4 April / 5 April)

08.00 – 08.45 am : Semakan nama peserta
09.00 am : Taklimat oleh PTPS dan ketua arbiter
09.15 am : Pusingan pertama
10.15 am : Pusingan kedua
11.15 am : Pusingan ketiga
12.15 pm : Pusingan keempat

REHAT

02.15 pm : Pusingan kelima
03.15 pm : Pusingan keenam
04.30 pm : Pengumuman peserta yang terpilih ke peringkat akhir

HARI KETIGA (6 April)

08.00 – 08.45 am : Semakan nama peserta
09.00 am : Taklimat oleh PTPS dan ketua arbiter
09.15 am : Pusingan pertama
10.30 am : Pusingan kedua
11.45 pm : Pusingan ketiga

REHAT

02.00 pm : Pusingan keempat
03.15 pm : Pusingan kelima
             04.30 pm : Majlis Penyampaian Hadiah

Sunday, March 12, 2017

Pendaftaran Online Kejohanan Catur MSS Negeri Melaka 2017

Isi borang di bawah atau klik pada pautan berikut
Borang Pendaftaran Online atau
http://tiny.cc/caturmelaka2017
Tarikh akhir pendaftaran peserta pada 28 Mac 2017 (Selasa)



Wednesday, March 8, 2017

Kejohanan Catur MSS Negeri Melaka 2017 kembali !!!! 4 - 6 April 2017


Mesyuarat Pengurus Pasukan Kejohanan Catur
MSS Negeri Melaka 2017

Tarikh : 14 Mac 2017 (Selasa)

Masa : 2.30 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat SK Gangsa


Dapatkan surat panggilan mesyuarat. Sila Klik Surat Meeting